KOMUNITI 1MALAYSIA
1. LATAR BELAKANG
1.1. Mesyuarat Pasca Kabinet telah bersetuju supaya Komuniti Bestari dijenamakan semula kepada Komuniti 1Malaysia selari dengan Gagasan 1Malaysia.
1.2. Komuniti 1Malaysia adalah merupakan penjenamaan semula Komuniti Bestari yang telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia pada 19 Disember 2010 di Dataran Jubli Emas, Limbang, Sarawak .
1.3. Penubuhan ini adalah selaras dengan transformasi Jabatan Penerangan Malaysia yang menumpukan aspek Gagasan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam.
2. DEFINISI KOMUNITI 1MALAYSIA
Sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang di tubuh dan diselia oleh Jabatan Penerangan bagi memupuk nilai-nilai perpaduan.
3. KONSEP
Satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia .
4. LOGO
